Islam.

ARAU 29 April – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan realiti politik pada masa ini yang membiarkan umat Islam dibuli telah menyebabkan rakyat akur bahawa agama Islam berada dalam keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran kerajaan hari ini.

Luahan kekecewaan Mohd. Asri itu susulan selepas rakannya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia negeri, Muhammad Zamri Vinoth ditahan serta direman kerana didakwa menghina agama Hindu.

Katanya, jika dilihat, pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu di dalam kerajaan yang menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum namun mereka hanya dipanggil untuk beri keterangan.

Malah kata beliau, betapa ramai lagi yang menghina Nabi Muhamad SAW dan mempersendakan ajaran Islam juga hanya melalui proses sama.

“Tapi, ceramah dalam masjid untuk umat Islam sahaja di Kelantan oleh seorang individu yang menceritakan pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam (Muhammad Zamri) telah menyebabkan beliau ditangkap.

_“Apakah fakta beliau (Muhammad Zamri) palsu?, apakah beliau menghina atau sekadar menceritakan tentang kisah dirinya sendiri?_

_“Apakah beliau bertujuan untuk menimbulkan ketegangan seperti mana kenyataan pemimpin-pemimpin yang telah menyebabkan tragedi antara kuil dan pihak bomba (Subang Jaya). Tidak pula mereka ini ditangkap._

_“Bagaimana pula dengan ucapan pemimpin-pemimpin politik dari agama lain yang sering menimbulkan permusuhan dengan masyarakat Islam?,”_ katanya dalam status Facebooknya di sini hari ini.

Semalam, Muhammad Zamri yang juga pembantu pendakwah Islam terkenal, Dr. Zakir Naik ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) di hadapan sebuah restoran di sini berikutan beberapa laporan polis dibuat terhadapnya kerana didakwa menghina agama Hindu.

Muhammad Zamri didakwa membuat kenyataan yang berbaur penghinaan terhadap agama Hindu dalam satu video tular di laman sosial.

Tambah Mohd. Asri, Muhammad Zamri selama ini telah membuat banyak program membantu membina hubungan baik antara agama termasuk menziarahi gereja, tokong dan pelbagai dialog harmoni dianjurkannya di bawah One Centre Malaysia negeri.

_“Ucapan beliau itu hanyalah sedikit daripada pengalaman dirinya sahaja sebelum menganut Islam (jika) dibandingkan usaha beliau untuk membina hubungan antara agama._

_*“Saya tidak menyalahkan pihak polis, tetapi ini berlaku kerana realiti politik yang membiarkan umat Islam dibuli.* Suara-suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan yang memimpin pentadbiran hari ini melainkan sejumlah kecil. Apakah ini suatu keadilan? “_.

_*“Realiti ini menjadikan rakyat makin akur bahawa Islam berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat di bawah pentadbiran hari ini,”*_ katanya.- UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/islam-dibuli-tidak-selamat-di-bawah-kerajaan-ph-mufti-perlis-1.891386?fbclid=IwAR2GDEIxF5emIPs_f8659CCUR7ze-rB209sgCqPuZjQEQDuN9Nnw3iyJKM8

Kedah.

View this post on Instagram

Depa cuba halang oghang Kedah jumpa saya. Depa cabut dan buang banner jemputan saya. Depa buat repot polis tak bagi saya mai. Ingat Najib takut? Ingat rakyat akan diam? Ramai-ramai oghang Kedah turun bersama kami. Kami tunggu di Pantai Merdeka sambil mandi laut. Tapi orang PH tak muncul-muncul, tak berani datang jumpa kami. Lepas ini kita tengoklah. Apa lagi kerja kotor mereka. Mereka akan buat pelbagai halangan dan repot lagi di program rakyat seterusnya. Begitulah hakikatnya kerajaan hari ini. Tidak lagi berani berjumpa rakyat, tidak lagi prihatin mendengar rakyat. Halang pula rakyat jumpa pemimpin bukan kerajaan. Saya dapat rasakan oghang Kedah semakin gelisah bercampur marah terhadap kepimpinan negeri dan pusat. Pelbagai isu yang mereka hadapi dan yang paling utama ialah ekonomi. Rakyat perlukan pendapatan stabil dan jaminan ekonomi yang berikan keyakinan bahawa hidup mereka tidak akan terjejas malah akan lebih baik lagi. Malangnya bawah PH, yang kaya ialah kroni-kroni mereka. Rakyat akan bangkit lawan Kerajaan ini. Betul tak?

A post shared by Dato' Lokman Noor Bin Adam (@lokmanadamofficial) on

Palu dipalu.

Apabila Palu dipalu oleh Allah SWT

-Disaat bumi digoncang dan diterbalikkan-

Allah swt jadikan kematian di Palu satu kematian yg amat dahsyat. Mereka sendiri tidak pernah terfikir akan kena bencana sedemikian rupa. Para alim ulama sudah tegur agar Pesta Pemujaan Pantai dihentikan, tapi ianya dibantah oleh pemerintah mereka sendiri.

Acara Pesta Pemujaan Pantai ini dijalankan dengan merodok lembu hidup, kemudian dicampakkan ke dalam laut, sebagai sembahan makanan pada penjaga laut. Pesta ini dihidupkan kembali pada tahun 2016 sbg upacara rasmi dan dimasukkan dalam tourism Indonesia.

Ketika kali pertama mereka menyambutnya, iaitu pada tahun 2016, Allah turunkan hujan lebat sbg teguran, tapi mereka tidak mengambil iktibar.

Pada tahun 2017, Allah jadikan ribut kencang dan petir yg menyambar, tapi mereka tetap kekal meneruskan upacara tersebut.

Pada tahun 2018, Allah tegur mereka dengan gempa. Gempa pertama terjadi pada pukul 2 ptg, diiukuti gempa kedua pada pukul 4 petang, manakala gempa yg ketiga pada pukul 6 ptg, saat berkumandangnya azan maghrib.

Bencana datang pada mereka dalam 3 bentuk.

Keadaan yg pertama, di Kampung Balaroa. Satu kampung yg jauh dari kawasan pantai dimana Allah kisar dan Allah gulungkan tanah tersebut.

Seorang saksi mata memberitahu dia nampak anak dan isterinya dikisar di dalam tanah. Tanah itu menyedut mereka kemudian dicampak ke atas dan tenggelam kembali ke dalam tanah tersebut.

Keadaan yang kedua, Allah hantar tsunami kepada mereka. Jarak kampung dr pantai lebih kurang 1/2 jam – 45 min jika menaiki kenderaan.

Allah gerakkan air tsunami dgn kelajuan 800km/jam, yg sama dengan kelajuan kapal terbang merempuh manusia yg berada di pantai.

Saksi mata memberitahu saya, bila mana berkumandangnya azan maghrib di masjid, hanya 4 org shj yg bersolat di masjid. Selebihnya berada di pantai menunggu upacara rasmi Pesta Pemujaan Pantai.

Bilal itu selamat selepas 2 hari terperangkap dalam timbunan runtuhan masjid. Makanannya hanyalah zikir “La illaha illa anta subha naka inni kun tu minadz’zalimin…”

Masjid di kawasan itu ada 4 buah, semua Allah runtuhkan kecuali menaranya.

Timbunan runtuhan tersebut membentuk bukit yg tinggi. Saya berdiri di atas timbunan tersebut, dan mengetuk di bahagian atasnya. Terdengar suara-suara sayup org meminta tolong, tapi kami tidak mampu berbuat apa-apa.

Keadaan yang ketiga di Kampung Petoba. Jaraknya juga jauh, mengambil masa dlm 45 min perjalanan. Di kampung ini, bila bergegar sahaja, Allah terus sedut semua masuk ke dalam bumi. Tenggelam semua rumah-rumah besar di situ sedalam 7-10 meter. Yang tinggal hanyalah padang jarak padang tekukur. Terdapat lebih 10 ribu jenazah yg tidak disentuh lagi.

Kenapa terjadi begitu?

1- Kerana terlampau percaya pada adat. Adat mengatasi ibadat.

2- Kerana fahaman Islam liberal. Liberal menjadikan semua benda halal. Fahaman ini sangat bahaya, sama yg sedang masuk ke negara kita skg ini.

3- Kerana L-G-B-T. Penyokong persatuan gay di FB mereka Ada dalam 1,400 lebih. Dengan 1,400 lebih shj Allah dah musnahkan mereka begitu.

Di tempat kita, penyokong L-G-B-T di FB ada 32,000 orang. Kita ni tunggu masa je utk Allah musnahkan (Nauzubillah).

Kalau kita berterusan begini, memang akan turun bala dari Allah.

Sekarang ini jajaran Puchong sudah termasuk dalam jajaran gempa. Shah Alam juga begitu. Yang paling kerap berlaku gempa adalah di Bukit Tinggi, 3.2 skala Richter, 2.7 skala Richter…

Satu saya nak sebut, jangan Kita mati dalam keadaan hina. Berdoalah biar Kita mati dalam keadaan kita hijrah kepada Islam, dalam keadaan kita kembali kepada Allah.

Dalam Al Quran Allah dah sebut dengan jelas bagaimana Allah lakukan pada org yg berbuat dosa (rujuk Surah Al Ankabut, ayat 40).

Jangan hina ulama. Ulama adalah pewaris Nabi. Setiap kali kita hina ulama, Allah akan terasa hati.

Allah berfirman :

” Siapa yang buat khianat pada wali-wali Ku, aku isytihar perang pada dia…”

Saya datang pada hari yg ke-4 dan ke-5, bau mayat buat saya pening, hilang selera hingga menyucuk2 hidung. Mayat bergelimpangan tidak terurus. Bantuan dari Jakarta tidak sampai kerana jarak yg jauh.

Orang-orang di kawasan itu menjadi trauma kerana tidak pernah melihat keadaan yg sedemikian. Allah goncang dan balikkan bumi sehingga mereka rasa seperti hari sudah kiamat.

Saya tengok seorang suami yg duduk memegang tiang, menangis teresak2 kerana kehilangan anak2 dan isteri.

Saya tengok seorang kanak2 perempuan yg menangis sehingga bengkak mata kerana kehilangan keluarga.

Allah berfirman “Aku tidak membuat zalim padamu, tapi kamulah yg menzalimi diri sendiri..”

Bila Saidatina Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah saw,

“Apakah kita akan musnah sama disaat mereka melakukan kemungkaran, sedangkan dikalangan kita ada orang soleh..?”

Rasullullah saw menjawab,

“Ya, akan musnah semuanya, Allah matikan semua..”

Lalu Aisyah berkata,

“Bagaimana keadaan mereka itu?”

Jawab Rasulullah saw,

“Mereka tidak menegur amal makruf nahi mungkar, mereka tidak cegah kemungkaran tersebut, lalu mereka dimatikan…”

Allah jadikan Palu sebagai pengajaran kita bersama. Jangan kalian Rasa seronok dan terlalu selesa. Kalau Allah nak buat sesuatu, Allah kata jadi, maka jadilah..

Nota kaki: Kisah ini saya tulis berdasarkan ceramah Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani.

Yuhanis Azam